Sunday, April 24, 2016

Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2011

Sukan Antara Fakulti (SUFA) yang pertama aku join. Wakil Tamhidi. It happened very quick. Keluar notis kat board tamhidi. Pastu tulis nama. Hari jumaat sehari sebelum game baru kumpul. Sebab utama join, dah lama tak bersukan. Miss Faeza, lecturer maths janji nak bagi extra carry marks kalau menang emas. 

Sukan apa yang aku join? Bola Baling. Dan futsal *time ni mmg noob gila.*

Cerita pasal bola baling dulu. Hari kejadian, unexpected FST tarik diri. Daripada total 6 team join, jadi 5 je. So, takde grouping. Main ikut mata je. Sebagai wakil Tamhidi, paling muda, mesti la semangat kan main. 2 game awal menang. Pastu kena lawan FEM yang dikira skuad paling mantapp waktu tu. Kitorang baru je habis game, rehat 5 minit pastu kena panggil masuk court semula. Perghh, tak ke menempah maut namanya? Memang pancit tahap tak tahu nak cakap macam mana. Disebabkan stamina pon takde, pastu main berturut-turut *nasib la jadual disusun macam tu*. Kitorang kalah, ada la dalam 8-0 gitu. Haha *ye ke? Tak ingat pon sebenarnya* Akhirnya kitorang dapat naib johan je. Tapi not bad la kan as a Tamhidian tu kira a great achievement dah kot. Masa ni la jumpa balik senior sekolah, Kak Afeefa. Dia keeper team FEM dan wakil USIM untuk MASUM.


Untuk futsal tu sesaje je nak join. Miss Faeza ni memang semangat kemain untuk futsal kalau tak silap. Love to see her spirit. Sempoi. Pastu dia siap pesan kalau ada akak-akak senior minta phone number jangan bagi. Selalunya dorang recruit player daripada SUFA ni untuk lelaki atau perempuan. So lecturers Tamhidi ni risau kalau ada student Tamhidi yang join team USIM, sebab akan ganggu pelajaran la ceritanya. Lagipon jadual Tamhidi kan pack yang amatt. Nak dijadikan cerita untuk futsal kitorang memang kalah la semua game ke ada seri satu, itu pon 0-0. Paling ngeri sebab grouping sekali dengan FST. Ada player SUKMA 2 orang wehh. Mana tak ngeri? Haha. Masa tu tak kenal lagi siapa orangnya. Dalam game pon aku boleh berlagak lagi tak nak amekkan bola dorang walaupun masa tu kitorang ketinggalan 1-0. Untuk SUFA pula guna rules 'running time'. Kalau bola keluar ke apa, masa masih bergerak. Kira rugi kalau lengah-lengahkan masa, dah la ketinggalan. Hahahaha. Tapi lepas game ada la sorang akak ni minta no. Cuak dengan Miss Faeza, fikir dua tiga kali nak bagi ke tak. Seingatnya, macam bagi. Tapi takde pape la berlaku lepas tu.

The only pic yang ada. Credit to Pusat Sukan.
(Zaman ni takde hp canggih lagi) 



“Each one of us has a fire in our heart for something. It's our goal in life to find it and keep it lit.”

― Mary Lou Retton