Saturday, April 23, 2016

Right before Tamhidi

Result SPM pon keluar bulan Mac. Isi UPU, matrik. Cari mana-mana scholarship yang sesuai. Ada isi National Scholarship under Taylor’s College. Tak tahu macam mana boleh terisi. Tapi tak tahu pon apa result lepas apply tu. Di takdirkan dapat matrik Negeri Sembilan. Tapi tak accept lagi, tunggu keputusan UPU. Alhamdulillah dapat first choice, Tamhidi Sains & Teknologi.

So, what actually happened right before registering for Tamhidi?

Diizinkan Allah pergi Umrah dengan mama baba. Dapat la jumpa saudara mara kat sana. Amma Maimunah, Amma Hamidah, Teta Amal dll. Last time pergi masa darjah 6. Sekembalinya daripada umrah hari ahad, esok harinya sepatutnya pergi daftar kat USIM. Itu pon dah seminggu lebih lewat, kiranya tak datang masa hari pendaftaran. Hari Ta’aruf pon tak join. 

But, something happened. Baba sesak nafas pagi tu. My bro bawa pergi Klinik Rahman. Then Dr terus call ambulans. Bawa pergi HUKM. Dalam masa seminggu tu fikiran bercelaru sikit. Nak pergi daftar USIM ke tak. Sebab baba tak sedarkan diri lagi. Pastu kalau ikutkan minta tangguh daftar lambat seminggu lebih je. Tapi my bro yang study USIM kata takpe, dia tolong inform penolong pendaftar Tamhidi. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum 2nd intake daftar baru la aku pergi daftar Tamhidi.

Anak mana yang tak sedih kan tengok ayah sendiri terlantar. Boleh kata koma seminggu. Duduk High Dependency Unit (HDU) if I’m not mistaken. Betul-betul jadi sebelum kau nak mulakan hidup baru sebagai pelajar universiti. Daripada sesak nafas tu, ambulans bawa pergi emergency HUKM. Ada pneumonia sikit. Then after medical check up semua, baba kena mild heart attack. Tapi alhamdulillah takde any other complications sebab sebelum pergi umrah pon dah buat check up. Memang baba takde kencing manis, darah tinggi etc.

Ada hikmah daripada apa semua yang terjadi ni. Lepas baba sedar dan dah balik rumah, baba stop smoking. Sebelum ni antara perokok tegar la juga. Bila kawan-kawan dia tanya, ada mimpi apa-apa ke masa koma tu, dia kata takde. Syukur la ada perubahan despite all the things that happened. 


“No family is perfect… we argue, we fight. We even stop talking to each other at times. But in the end, family is family… The love will always be there.”

No comments:

Post a Comment