Sunday, April 24, 2016

Sukan Antara Fakulti (SUFA) 2011

Sukan Antara Fakulti (SUFA) yang pertama aku join. Wakil Tamhidi. It happened very quick. Keluar notis kat board tamhidi. Pastu tulis nama. Hari jumaat sehari sebelum game baru kumpul. Sebab utama join, dah lama tak bersukan. Miss Faeza, lecturer maths janji nak bagi extra carry marks kalau menang emas. 

Sukan apa yang aku join? Bola Baling. Dan futsal *time ni mmg noob gila.*

Cerita pasal bola baling dulu. Hari kejadian, unexpected FST tarik diri. Daripada total 6 team join, jadi 5 je. So, takde grouping. Main ikut mata je. Sebagai wakil Tamhidi, paling muda, mesti la semangat kan main. 2 game awal menang. Pastu kena lawan FEM yang dikira skuad paling mantapp waktu tu. Kitorang baru je habis game, rehat 5 minit pastu kena panggil masuk court semula. Perghh, tak ke menempah maut namanya? Memang pancit tahap tak tahu nak cakap macam mana. Disebabkan stamina pon takde, pastu main berturut-turut *nasib la jadual disusun macam tu*. Kitorang kalah, ada la dalam 8-0 gitu. Haha *ye ke? Tak ingat pon sebenarnya* Akhirnya kitorang dapat naib johan je. Tapi not bad la kan as a Tamhidian tu kira a great achievement dah kot. Masa ni la jumpa balik senior sekolah, Kak Afeefa. Dia keeper team FEM dan wakil USIM untuk MASUM.


Untuk futsal tu sesaje je nak join. Miss Faeza ni memang semangat kemain untuk futsal kalau tak silap. Love to see her spirit. Sempoi. Pastu dia siap pesan kalau ada akak-akak senior minta phone number jangan bagi. Selalunya dorang recruit player daripada SUFA ni untuk lelaki atau perempuan. So lecturers Tamhidi ni risau kalau ada student Tamhidi yang join team USIM, sebab akan ganggu pelajaran la ceritanya. Lagipon jadual Tamhidi kan pack yang amatt. Nak dijadikan cerita untuk futsal kitorang memang kalah la semua game ke ada seri satu, itu pon 0-0. Paling ngeri sebab grouping sekali dengan FST. Ada player SUKMA 2 orang wehh. Mana tak ngeri? Haha. Masa tu tak kenal lagi siapa orangnya. Dalam game pon aku boleh berlagak lagi tak nak amekkan bola dorang walaupun masa tu kitorang ketinggalan 1-0. Untuk SUFA pula guna rules 'running time'. Kalau bola keluar ke apa, masa masih bergerak. Kira rugi kalau lengah-lengahkan masa, dah la ketinggalan. Hahahaha. Tapi lepas game ada la sorang akak ni minta no. Cuak dengan Miss Faeza, fikir dua tiga kali nak bagi ke tak. Seingatnya, macam bagi. Tapi takde pape la berlaku lepas tu.

The only pic yang ada. Credit to Pusat Sukan.
(Zaman ni takde hp canggih lagi) 



“Each one of us has a fire in our heart for something. It's our goal in life to find it and keep it lit.”

― Mary Lou Retton


Dreaming

As you walking back,
Seeing the past,
You've been thinking,
Is this what you've been dreaming before?

Dreaming is like a key of success,
Success comes with a target,
Whether you achieve it or not,
There must be a reason of what happening each day.

Do we have to afraid of the future?
Nope. Just keep walking. Keep dreaming.

Even the reality sometimes hurts you the most,
The more you hurt,
The stronger you will fight,
Fighting is a part of life.

You don't need to run from the reality,
You need to face it like a warrior,
Give all that you have,
Take your time in deal with it.



"What doesn't kills you, makes you stronger!"

Saturday, April 23, 2016

Welcome to Tamhidi!

And the new journey begins!

Hari pendaftaran aku yang tak seperti rakan-rakan lain. Sebenarnya ada option untuk daftar dengan 2nd intake. Tapi aku yang tak nak. Sebab? Tak nak orang ingat aku 2nd intake. Tapi ada pula orang yang kesah? Haha. Daftar kat pejabat tamhidi. Then abang aku tanya, nak kelas dengan Sir Arho tak? Gigih dia nak bagi aku kuliah yang Sir Arho ajar. Tapi kuliah 1 & 2 dah penuh. Jadi dapat la kuliah 3 walaupun kalau ikutkan no matrik memang aku patut masuk kuliah 1.

Class first yang aku masuk, kelas arab ustaz nasir. Bilik tutor tingkat 3 FPQS yang susah nak cari. Dah la first time datang, tapi abang aku tunjukkan la kelas tu. Minggu tu dah start belajar. Tapi ada yang baru start ta'aruf. Maka aku berkenalan la dengan Tutor 11. Tutor Tamhidi Sains & Teknologi yang terakhir.

Hostel pula duduk kat Nilam Court yang jauh nun di Nilai Impian sana dekat dengan Nilai 3. Dapat rumah yang takde dengan kawan-kawan sekelas. Tak macam yang lain. Ada 3 orang je yang sama macam aku. Sakinah Farid dengan Aina Hazwani. Kitorang semua satu blok. Kawan-kawan tutor yang lain kat Blok F. Dapat bilik dengan Tenad (Tamhidi Medic), Hamrak (Tamhidi Akaun) & Ummu (Tamhidi Sc-Tech).

Masa tamhidi ni masa macam cari diri balik lepas spm. Tak terlibat sangat dengan aktiviti luar. Pastu dapat roommate yang suka gila study. Dia macam agak tercabar la. Since tamhidi medic pon belajar benda yang sama dengan sc-tech. Tapi one thing yang best masa tamhidi ni, aku enjoy belajar, masa tersusun dan tak stress. Dapat lagi kawan-kawan kuliah 3 yang sempoi. Ketua Atif, penolong Awatif. Comel je kann nama lebih kurang sama. Haha

Walaupun tamhidi ni jadual dia pack. Kelas pukul 8 pagi straight sampai 5 petang. Nak balik nilam naik bas macam pukul 6 selalu baru sampai. Tapi bila ada housemate yang best, enjoy je penat-penat gitu. Nusrah, Yani, Aman, Seth ni semua housemates time tamhidi. Geng housemate yang kalau ajak kau keluar pergi mid hujung minggu pon kau sanggup ikut. Walaupun masa tu KeTaM zaman lembab yarabbi tak nak ingat dah. Siap pernah rosak tengah-tengah jalan. Kena turun kat landasan, pastu tukar tren kat sebelah *ni memang kelakar sebab selama naik kat KL tak pernah pula kena, tetiba kat nilai kena*. What a memory.


The best thing is that I've scored excellent for both semesters. I'm satisfied with my achievement.


Tutor 11, KTS 3


"Anybody can sympathise with the sufferings of a friend, but it requires a very fine nature to sympathise with a friend's success." 

Right before Tamhidi

Result SPM pon keluar bulan Mac. Isi UPU, matrik. Cari mana-mana scholarship yang sesuai. Ada isi National Scholarship under Taylor’s College. Tak tahu macam mana boleh terisi. Tapi tak tahu pon apa result lepas apply tu. Di takdirkan dapat matrik Negeri Sembilan. Tapi tak accept lagi, tunggu keputusan UPU. Alhamdulillah dapat first choice, Tamhidi Sains & Teknologi.

So, what actually happened right before registering for Tamhidi?

Diizinkan Allah pergi Umrah dengan mama baba. Dapat la jumpa saudara mara kat sana. Amma Maimunah, Amma Hamidah, Teta Amal dll. Last time pergi masa darjah 6. Sekembalinya daripada umrah hari ahad, esok harinya sepatutnya pergi daftar kat USIM. Itu pon dah seminggu lebih lewat, kiranya tak datang masa hari pendaftaran. Hari Ta’aruf pon tak join. 

But, something happened. Baba sesak nafas pagi tu. My bro bawa pergi Klinik Rahman. Then Dr terus call ambulans. Bawa pergi HUKM. Dalam masa seminggu tu fikiran bercelaru sikit. Nak pergi daftar USIM ke tak. Sebab baba tak sedarkan diri lagi. Pastu kalau ikutkan minta tangguh daftar lambat seminggu lebih je. Tapi my bro yang study USIM kata takpe, dia tolong inform penolong pendaftar Tamhidi. Nak dijadikan cerita, sehari sebelum 2nd intake daftar baru la aku pergi daftar Tamhidi.

Anak mana yang tak sedih kan tengok ayah sendiri terlantar. Boleh kata koma seminggu. Duduk High Dependency Unit (HDU) if I’m not mistaken. Betul-betul jadi sebelum kau nak mulakan hidup baru sebagai pelajar universiti. Daripada sesak nafas tu, ambulans bawa pergi emergency HUKM. Ada pneumonia sikit. Then after medical check up semua, baba kena mild heart attack. Tapi alhamdulillah takde any other complications sebab sebelum pergi umrah pon dah buat check up. Memang baba takde kencing manis, darah tinggi etc.

Ada hikmah daripada apa semua yang terjadi ni. Lepas baba sedar dan dah balik rumah, baba stop smoking. Sebelum ni antara perokok tegar la juga. Bila kawan-kawan dia tanya, ada mimpi apa-apa ke masa koma tu, dia kata takde. Syukur la ada perubahan despite all the things that happened. 


“No family is perfect… we argue, we fight. We even stop talking to each other at times. But in the end, family is family… The love will always be there.”

Thursday, April 21, 2016

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 8 Tahun 2011

Chapter right after SPM ended *this is kinda throwback for me* 

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 8 Tahun 2011. Kebanyakan pelajar yang duduk area KL akan dapat PLKN kat Sabah atau Sarawak. But, not me. Dapat kat Kem Seri Perkasa (KSP), Mantin, Negeri Sembilan. Ada lagi 2 orang kawan sekolah yang dapat situ tapi dua-dua lelaki. Am I gonna survive? Yes, of course I did. It a memorable one indeed.

PLKN ada 4 kompeni. Alpha, Bravo, Charlie & Delta. Aku dapat kompeni Bravo. So, as seorang yang minat kawad masa sekolah, plkn ni kira takde masalah la untuk aku. Memang target nak enjoy sebaik yang mungkin. Siap target jadi wirawati terbaik gituhh. Satu kompeni ada dua dorm, satu dorm boleh muat 20 orang. Katil single. As far as I can remember, first day dah buat hal. Tidur sampai tak dengar announcement kena amek bantal dengan tray apa semua. Jadinya malam tu bila roll call, famous kejap la kena tanya kenapa tak amek lagi. Hahaha.

After few weeks lead Bravo, then ada test untuk pangkat. Selected and give it a try. Siap interview dengan Timbalan Komanden ke apa entah. Then one day, masa tu dalam kelas, kena panggil pergi pejabat. Yes, macam yang reader agak *ada ke orang nak baca? lol*, memang dapat offer untuk jadi ketua kompeni (2 calit/balak/pape je la korang nak panggil). Yang tak bestnya, offer untuk kompeni Delta. I was like....what?? Masa tu memang dah bonding gila kuat dengan budak-budak Bravo. Tetiba kena pergi Delta, tukar dorm apa semua. Timbalan Komanden tu kata, aku orang pertama yang masuk kompeni lain, pastu kena tukar lead team lain. Buat aku banyak berfikir. Sampai la masa hari yang aku sepatutnya tukar kompeni, kena panggil pergi pejabat. Padahal sebelum tu dah menangis gila-gilaa bagai nak rak dengan kawan-kawan lain dalam kelas sebab nanti pon kena tukar kelas sekali. Timbalan Komanden bagi option, pindah Delta dapat pangkat atau stay kat Bravo tanpa pangkat. And until today, I didn't even regret for the decision I've made. Stay kat Bravo tanpa pangkat sebab aku sayang gila kawan-kawan dalam kompeni Bravo.

Kitorang ada pertandingan antara kompeni. Bravo menang kebanyakan pertandingan. Johan futsal, bola tampar dan naib johan bola jaring. Untuk kawad kaki, dapat jadi Ketua Platun. Dan........... Alhamdulillah kitorang menang jugak! No regret for staying at Bravo at all. Dan tiba lah Hari perbarisan tamat latihan. Hari sebelum tu ada rehearsal. Pemenang untuk anugerah selalunya dah tahu awal masa rehearsal lagi. Aku kena amek dua hadiah, Ketua Platun (Wirawati) Terbaik dengan Wirawati Terbaik Keseluruhan. Tapi masa hari kejadian, ditakdirkan yang Wirawati Terbaik dapat kat penghuluwati. Cikgu-cikgu semua kata sebab kebiasaannya anugerah tu bagi kat penghuluwati. Sedih? Tak. Sebab pengakhiran yang lebih manis, Bravo Juara Keseluruhannnn! I love my Bravo teammates so much and I wish that we could gather again.

Bravo a.ka. Tombak

Anoi. Ain. Ziela. Maya. Mila. Bena. Kian Yih. Choon Li. Tzyy Torng. Ain Asyiqin a.ka. Fowed. Lily. Ruby. Singying. Elaine. Jenus. Qila. Shih Keng. Fiqa. Praghala Dewi. Rachael. Kasma. Nina. Husnah. Kai Yi. Suzean. Zati. Icha. Boon. Imue. Catherine. Sugan. Amalina. Nadia. Emma. Sofea. Syida. Ara. Anis. Fazira. Pink. Aida. Yuyun. Kinki.




“Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything.” 
― Muhammad Ali

Wednesday, April 20, 2016

OMG!

I just can't believe that I'm writing this after more than 5 years. Out of sudden. Thinking of reading my friends blog and it just trigger me to try log into my blog account. And after few attempts, yeahhhh. I'm backk. Nowadays blogging is not as famous as I was in high school. Ya, particularly because there are a lot of medium to express these days. Social media grew so fast. From Friendster to MySpace. Then Facebook. Then Twitter, Instagram. And it will keep continue.

I'm thinking to start writing again. Trying to express my thoughts will help me to develop my skills in writing. And I do hope that I can publish a book one day. I got a lot to share based on my experiences. My 5 years absence from blogging had been filled with meaningful things. Almost there to complete my studies. Okay, perhaps I'll write by chapter then. Stay tune.