Hari pendaftaran aku yang tak seperti rakan-rakan lain. Sebenarnya ada option untuk daftar dengan 2nd intake. Tapi aku yang tak nak. Sebab? Tak nak orang ingat aku 2nd intake. Tapi ada pula orang yang kesah? Haha. Daftar kat pejabat tamhidi. Then abang aku tanya, nak kelas dengan Sir Arho tak? Gigih dia nak bagi aku kuliah yang Sir Arho ajar. Tapi kuliah 1 & 2 dah penuh. Jadi dapat la kuliah 3 walaupun kalau ikutkan no matrik memang aku patut masuk kuliah 1.
Class first yang aku masuk, kelas arab ustaz nasir. Bilik tutor tingkat 3 FPQS yang susah nak cari. Dah la first time datang, tapi abang aku tunjukkan la kelas tu. Minggu tu dah start belajar. Tapi ada yang baru start ta'aruf. Maka aku berkenalan la dengan Tutor 11. Tutor Tamhidi Sains & Teknologi yang terakhir.
Hostel pula duduk kat Nilam Court yang jauh nun di Nilai Impian sana dekat dengan Nilai 3. Dapat rumah yang takde dengan kawan-kawan sekelas. Tak macam yang lain. Ada 3 orang je yang sama macam aku. Sakinah Farid dengan Aina Hazwani. Kitorang semua satu blok. Kawan-kawan tutor yang lain kat Blok F. Dapat bilik dengan Tenad (Tamhidi Medic), Hamrak (Tamhidi Akaun) & Ummu (Tamhidi Sc-Tech).
Masa tamhidi ni masa macam cari diri balik lepas spm. Tak terlibat sangat dengan aktiviti luar. Pastu dapat roommate yang suka gila study. Dia macam agak tercabar la. Since tamhidi medic pon belajar benda yang sama dengan sc-tech. Tapi one thing yang best masa tamhidi ni, aku enjoy belajar, masa tersusun dan tak stress. Dapat lagi kawan-kawan kuliah 3 yang sempoi. Ketua Atif, penolong Awatif. Comel je kann nama lebih kurang sama. Haha
Walaupun tamhidi ni jadual dia pack. Kelas pukul 8 pagi straight sampai 5 petang. Nak balik nilam naik bas macam pukul 6 selalu baru sampai. Tapi bila ada housemate yang best, enjoy je penat-penat gitu. Nusrah, Yani, Aman, Seth ni semua housemates time tamhidi. Geng housemate yang kalau ajak kau keluar pergi mid hujung minggu pon kau sanggup ikut. Walaupun masa tu KeTaM zaman lembab yarabbi tak nak ingat dah. Siap pernah rosak tengah-tengah jalan. Kena turun kat landasan, pastu tukar tren kat sebelah *ni memang kelakar sebab selama naik kat KL tak pernah pula kena, tetiba kat nilai kena*. What a memory.
The best thing is that I've scored excellent for both semesters. I'm satisfied with my achievement.
![]() |
Tutor 11, KTS 3 |
"Anybody can sympathise with the sufferings of a friend, but it requires a very fine nature to sympathise with a friend's success."
Moment sungguh.. ntah mcm mna boleh jumpa blog ni..
ReplyDelete